Rabu, Julai 16, 2008

 Aku Menangis

Dulu aku tak pernah menangis,
Tapi waktu dan kenangan membuatkan aku menangis,
Aku menangis kerana kau, dia dan aku,
Hari ini, esok atau lusa,
Mungkinkah aku akan menangis lagi?
Tangisan kesedihan, kerinduan, kekesalan dan segalanya...
Andai tangisan itu mahu hadir lagi,
Aku tak mahu tangisan yang bisa meruntun jiwaku,
Tangisan yang melemahkanku, menjadikanku jauh dari Tuhan,
Aku mahu,
Tangisan yang bisa meletakkanku bersama orang yang solih bilamana mataku terpejam nanti...

5 respon:

Sufi Idany berkata...

Kumbe Male.... kadang2 kita perlu menangis kerana kita akan tahu idup ni tidak hanya tuk kita bergembira sahaja. apapun dengan tangisan kita mungkin bleh releasekan apa yang terbeban dihati. jadi menangis lah... jgn di tahan apa yang perlu kita luahkan. jangan tipu diri kita. kalu bersedeh....jgn berlakon tuk gembira nnt yang sakit kita gak...;org tak akan tahu apa yang kita simpan dalan hati kita.... luahkan dan yakin dengan apa yang kita buat. dlm idup ni kita ada pilihan. sesusah mana utk kita buat pilihan tp kita tetap kena memilih btul tak ? dalam kita buat pilihan akan ada kos melepas utk kita. tu mmg hakikat. kita tak bleh dpt kedua2nya bila kita didepani pilihan. kita akan kehilangan 1 antara dua pilihan yang kita buat. dalam idup ni ada yg kita nak tp kita tak akan dapat dan ada perkara yang kita tak pernah inginkan tapi itulah yang menjadi hak kita. jadi dlm situasi ni kita belajar utk menerima. setuju tak ngan saya ? Allah tu Maha Adil. just follow the flow k. kemana dan di mana akhirnya bkn ketentuan kita kan. Awak lebih tahu tentang semua ini. saya sekadar berkongsi. mtk maaf bg komen tak mtk izin. kadang2 perkongsian ini lebih baik dari kita pikul sorg2 kan ? sharing is caring.... huhuhuh... anyway kehidupan kita tidak memaksa kita utk terus menangis bila kita ada ruang dan peluang utk senyum dan ketawa..... InsyaAllah....

HaZaR eL-DieN berkata...

btol tu kak ida, setuju sgt2...saya dulu pun menangis puas2 ketika clash ngan my 1st luv...alhamdulillah ALLAH telah gantikan 'dia' utk saya...

to my bro : sabar n doa banyak2, insyaALLAH mu akan dpt penggantinya nanti....caiyokk!!!

Kumbe Male berkata...

Aku bersedih kerana dalam banyak-banyak tangisanku, jarang tangisan itu untuk Tuhan. Semuanya kerana mengenangkan diri, orang lain, makhluk yang fana. Jarang atau tak pernah menangis kerana Tuhan, kerana kurangnya amalan.Aku mengharapkan tangisan itu, yang melembutkan hati, yang mampu menyimbah api neraka. Moga aku mampu menangis untuk itu.

Sufi Idany berkata...

susahkan utk kita alirkan airmata kita semata2 insaf dengan hakikat diri. setuju ngan Kumbe...kita selalu menangis utk orang lain, benda2 yang melaghakan..... jarang dan kdg2 tidak pernah sekali pun tangisan itu utk Allah. Menangis keinsafan.

HaZaR eL-DieN berkata...

errmm...mu kena dengar lagu Tangisan Rindu nyanyain WILDAN ni..baru dpt hayati makna sebenar tangisan tu...aku sebak time rakaman zoom in ramadhan aritu, tgk la dlm tv nanti...