Sabtu, September 20, 2008

 20 Ramadhan 1429H

Salam untuk semua,

Alhamdulillah, hari ini sudah 20 hari kita berpuasa. Ini bererti, lagi sepuluh hari bulan Ramadhan yang penuh berkat ini akan meninggalkan kita. Pesan daku untuk semua, rebutlah sisa2 Ramadhan yang masih tinggal ini terutama disepuluh hari yang terakhir ini. Moga Allah sama2 merahmati kita semua.

Hari ini hari Sabtu. Aku cuti. Cuti hujung minggu. Hari ni aku dan Deli ke Teluk Intan untuk mencari persalinan sempena menyambut Hari Raya nanti. Lebih kurang pukul 10.45 aku bertolak kesana. Sampai kami kesana lebih kurang selepas 35minit perjalanan mengambil kira lebih kurang 35 kilometer jaraknya dari Bidor.

Melihat keadaan disana, keadaan masih terkawal. Lalulintas masih seperti sediakala. Tiada kesesakan berlaku. Tempat parking walaupun agak penuh namun masih lagi ada yang kosong. Aku dan Deli meneruskan langkah untuk memenuhi hajat dihati. Kami ke The Store.
Manusia disitu pada hari ini boleh berkira ramainya. Kami terus ke tempat baju melayu. Pilih punya pilih maka berkenanlah kami pada pilihan masing2. Baju aku warnanya lebih kurang coklat tapi kadang2 nampak keemasan pun ada. Susah untuk aku jelaskan warnanya kerana petugas di The Store itu sendiri apbila ditanyakan tentang warnanya, warna apakah itu? dia menjawab.."...erm..saya pun tak tahu bang..."...Deli telah memilih warna purple kemerah-merahan jambuan. Kami dihadiahkan dengan butang baju melayu setiap satu pembelian. Dapat 'pree' la tu hehehe...

Selepas hajat kami terlangsai, kami pun bertolak balik kerumah. Sebelum sampai kerumah, Deli melencong keTapah untuk membaiki kasutnya. Oleh kerana waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 2 lebih, maka kami tinggalkan dulu kasut Deli disitu dan janji akan datang lagi dipetang hari.

Selepas solat Zuhur, aku terlena diruang tamu. Aku dikejutkan setelah MatLan sampai kerumah lebih kurang pukul 4 lebih. Selepas solat Asar, dekat dengan pukul 6, Deli sekali lagi mengajak aku ke Tapah untuk mengambil kasutnya yang ditinggalkan tadi. Mujurlah semasa sampai disana kedai kasut tersebut masih lagi beroperasi. Rasanya dia sudah hampir2 mahu tutup kerana hari sudah menjangkau senja. Selepas membayar sebanyak 25 RM, kami pun bertolak balik. Singgah sekejap di kedai 'Mok Lan' beli kurma kemudian ke Bazar Ramadhan Bidor untuk membeli air soya,air tebu,martabak dan kuih sebagai juadah berbuka puasa.

Sesampai dirumah, MatLan sudah sedia memasak. Hari ini dia masak ikan kalung masak asam pedas, sayur kailan ikan masin dan juga telur dadar. Petang ni aku berbuka puasa bersama-sama dengan Deli dan Mat Lan tidak sebagaimana semalam, hanya aku dan Deli sahaja.

2 respon:

Linderque berkata...

Mane baju melayu baru tuk raye tu? Tunjuk laa...hehehe =P

Kumbe Male berkata...

Itu rehsiee...:)