Rabu, September 17, 2008

 16 Ramadhan 1429H

Salam,

Hari ini hari keenam belas Ramadhan. Seperti biasa, aku kesekolah. Hari ni aku tak ngajar bhs arab. Hari ni aku cuba train bebudak thn 3A tu kalam jamaei. Skripnya aku buat on da spot. Ok jugak rupa2nya bebudak ni. Habis masa 1jam tu aku cuba train diaorang. Lepas tu aku bincang dengan ustazah jha. Dia bagi idea untuk aku panjangkan skrip kalam jamaei tu. Maka brtambah panjang lah ia dr sebelumnya iaitu dari lapan kerat menjadi berbelas kerat.

Tengahari tu aku balik lewat skit sbb lpas klas luar jadual, pk ko aku plak mintak tolong. Nak hantar file zip melalui email. Bunyinya senang tapi macam2 masalah timbul. Aku pun tak tahu camner. Last2, dekat kul 3 baru aku bertolak balik.

Lepas Asar, aku dan teman seperumahan aku ke sungkai sbb ada pasar mlm. Nak beli barangan dapur spt sayur dll. Terserempak dgn kak sarah dan abg rahman.

Masuk waktu berbuka, kami berbuka bersama-sama. Menyangkut sungguh sayur kailan ikan masin yang mat lan masak. Fuhh...dua pinggan nasik aku tambahi. Lantaranya, semasa terawih, aku terhoyong hayang sbb ngantuk sangat...huhu..tu la, makan banyak sangat.

Balik rumah aku terus baring. lama kelamaan baringan aku menjadi tiduran. Lebih kurang pukul 3pagi, aku terjaga. Aku sesak nafas. Cam ada sesuatu dikerongkong aku. Aku bangun dan terus ke bilik air. Lepas tu aku rileks sekejap. Kemudian aku sambung tido balik. bangun sahur kul 5.15 pagi dah...

0 respon: