Sabtu, November 15, 2014
Masih Bernafas...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...masih lagi diberi kesempatan oleh Yang Maha Kuasa untuk aku menjengah kesini...sudah hampir 2 tahun blog ini tak terisi...entah bagaimana tergerak dihati ini untuk menjengahnya kembali...alhamdulillah...aku masih disini...
Selama hampir dua tahun ini, banyak yang telah berubah...aku, kehidupanku, keluargaku, sahabat2ku, masyarakat sekelilingku....yang nyata, segala kenangan yang berlalu sunguh aku rindu...rindu teramat rindu...
Besok hari anugerah kecemerlangan...tugasku sebagai ajk persiapan dewan sudah selesai...namun perlu jua untuk aku menghadirkan diri sebagai tanda sokongan kepada majlis yang gilang gemilang itu...badan ini terasa penat...ditambah pula tadi aku baru lepas bersukan...bermain badminton bersama teman2...sudah berbulan tak menyentuh raket...akibatnya..sakit2 seluruh badan...aduii...
Apapun...semoga hidup aku akan lebih diberkati, dipermudahan segala urusan...Harapanku jua semoga aku diberi kekuatan untuk terus mencoretkan sesuatu disini agar ia tidak sepi seperti sebelumnya...sehingga berjumpa lagi...
Labels:
Aku dan Kehidupan
Khamis, Julai 26, 2012
Ramadhan 1433
Salam,
Sudah lama tak menjengah kesini. Mungkin bertahun....tetiba terasa rindu...kini sudah masuk Ramadhan 1433. Begitu cepat masa berlalu...hari ini sudah hari ke 6 puasa. Sudah banyak perubahan yang berlaku pada diriku, tempat tinggalku, tempat kerjaku dan macam2 lagi.....sesungguhnya masa berlalu membawa segala kenangan dan memori pergi. Datang mencipta kenangan baru....semoga Allah memberkati perjalanan hidupku yang sementara ini sementara menanti tibanya hidup yang kekal abadi.
Selamat berpuasa untuk semua.
Ahad, Februari 13, 2011
2011
Salam,
Kini sudah menjelma 2011...banyak perkara sudah berlaku. Sekian lama aku x update blog ini. Baru kini terasa ingin mengemaskini. Tapi aku x pasti sampai bila.
2010 sudah berlalu dgn seribu kenangan. 2011 hadir dgn pelbagai harapan. Semoga hidup aku, isteri dan keluarga akan lebih baik dan diberkati Allah dan kami sentisa dalam rahmatNya.
Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam.

Khamis, September 09, 2010
Selamat Menyambut Hari Raya
Salam untuk semua,
Hari ini genaplah 30hari ummat muslimin muslimat di Malaysia berpuasa. Ini bermakna, Ramadahan bagi sessi 2010 ini akan berakhir.
Perasaan sedih, pilu, sayu, gembira masing2 bersilih ganti meniti kotak hati dan minda ini. Entah Ramadhan akan datang dapat lagikah bersua ataupun macamana. Hanya doa dapat dipanjatkan kehadrat Ilahi semoga diberi kesempatan untuk terus dapat mengecapi nikmat Ramadhan tahun hadapan. Semoga aku tidak menjadi orang yang celaka apabila berakhirnya Ramadhan tahun ini.
Besok hari raya. Kecil, besar, tua, muda semua bergembira. Miskin, kaya semua turut merasai. Cuma cara meraikannya berbeza mengikut keadaan masing2. Bagi yang berada, jangan dilupa mereka yang sengsara. Hulurkan bantuan selagi berupaya. Semoga hari raya dapat disambut dengan gembira oleh semua bersama rasa kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.
Semoga pada hari raya ini, kita semua akan kembali kepada fitrah kita sesudah sebulan menjalani tarbiah nafsu dibulan mulia, Ramadhan al-mubarak. Jangan cemari hari raya dengan perkara maksiat. Jadikan hari raya hari menginsafi diri dan penguat untuk terus mempertahankan diri dari serangan nafsu. Dapatkah sebulan bulan puasa mentarbiah kita untuk menghadapi 11 bulan bulan cubaan. Ataupun kita sudah tersungkur awal2 lagi dibulan tarbiah ini??...masing2 empunya diri bisa menjawab soalan itu dengan tepat.
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya buat semua muslimin muslimat pembaca blog seantero dunia semoaga kita semua beroleh berkat dihari mulia ini. salam ikhlas dari aku dan keluarga.
Selamat Hari Raya.

Langgan:
Catatan (Atom)